Wednesday, November 19, 2008


kosong
dan terus kosong
masih di tanya kenapa kosong


bukankah kita juga dari yang kosong
kosong bukan bermakna terus lenyap
terus musnah
terus tiada pengharapan

kosong juga boleh jadi ruang
bilik untuk meditasi
masa untuk memperbetulkan diri
rasa untuk membenarkan rasa yang lain


Thursday, July 3, 2008

omong kosong

diskusi kosong kadang kala memberi ruang untuk berfikir juga
pendapat untuk di kongsi

seseorang: gue mau cinta
seseorang: anyway..
seseorang: hye
seseorang1: cinta kan luka
seseorang1: ghhaha
seseorang1: aipp
seseorang: cinta kan jadi luka ble berkata 'kill me kill me baby'
seseorang1: hahah
seseorang1:
//
seseorang: so i call u..?
seseorang1:xxxxxx
seseorang: nama pompuan nya..?
seseorang1: fuad
seseorang: wow..ku telah jatuh cinta dgn nama itu..
seseorang:
seseorang1: hhahah
seseorang1: jatuh maka saket
seseorang: pada akal nya sakit tapi pada realitinya ia adalah nikmat
seseorang1: hhaaha
seseorang1: ape saja yg kekal d dunia ini
seseorang:waaaaaaaaaaaa ckp la name pe..??
seseorang1: smua pon akan mati
seseorang:

seseorang1: hahah

seri 1 - 1

end

Tuesday, May 20, 2008

melangit

manusia?
kita..?
selalu mahu berlari ke langit memunggah harapan -harapan
yang tak pasti
sering mahu menggapai bulan dan bintang
biar di hujani cahaya melimpah ruah
tak putus-putus melayang jauh
agar semuanya penuh

masih dahagakah segalanya
masih tanduskah semua

Thursday, March 27, 2008

ilmu

"Pengalaman adalah sebahagian daripada ilmu .."

Thursday, March 6, 2008

masa itu aku jatuh cinta
cinta kah?
Entah

kesana kemari
rasa itu mengejar
aku lari dan lari
langsung
hah! aku jatuh

sakit nya
kenapa lah aku menolak
aku cuba lari
sampai aku sendiri tersadung

huh
sampai bila pun aku takkan lupa
cinta gila
yang mengajar aku banyak perkara
yang sampai sekarang ia masihkah cinta?


Thursday, February 28, 2008

terima kasih

fikirnya dia yang terbaik, yang lain paling teruk
fikirnya dia yang terindah, yang lain sangat buruk
fikirnya langkah nya tak pernah sumbang, yang lain sering terbabas

ya! teruskan berfikir sedemikian

kerna Tuhan itu maha Adil

dan ya juga! aku banyak yang kurang
lantas aku percaya pada kifarah  itu
bukan maksud taksub 
tapi itulah
apa yang di beri di lakukan pasti ada balasan nya
cuma kadang kita yang sedar juga lupa, mungkin juga aku

kadang aku ada silap
aku ada salah
kalau aku tidak nampak pasti ada yang nampak
aku mungkin tak bisa menilai diri
tapi aku masih sedar dan tolong ingat kan aku kalau aku lupa
aku cuma manusia kerdil
tak mungkin bisa aku menghukum orang
tak mungkin aku jadi sangat sempurna
dan kalau aku lupa
ingatkan aku
aku bukan sesiapa pun

Ya Tuhan, terima kasih atas ruang yang masih di beri

Friday, February 15, 2008

tinggal

aku jatuh
aku bangun
dan terus berlari

meninggalkan semua luka
menjauh semua derita

aku fikir semua akan berubah
semua akan lebih baik

silap

kerana rasa itu masih di situ
luka itu masih berparut
derita itu masih menusuk

dan makin merebak

Tuesday, February 5, 2008

perawan

rasa itu agak asing
rasa itu tak pernah hadir
rasa itu memang indah!

rasa itu dosa?
segalanya cuma dusta?
hanyutkah?

biar dalam biar tulus
namun segalanya berada di tempat yang salah
kerana keduanya tiada beda
kerana ketentuan Nya tidak bisa ditolak

Tuesday, January 29, 2008

adik


ada satu debar
ada rasa yang sangat memuncak

-JAMBO SAKTI-

ada satu rasa yang merujakan amat
ada keinginan yang mendesak

mulanya aku bimbang
aku kalut
risau aku tak mampu
memberi manis biar secebis

tapi!
keinginan ini menewaskan kekacauan itu
yang langsung buat aku puas biar pun seketika

aku menghampiri dengan sejuta resah
bila kau cuba dekat
aku senang
senang bila kau senang untuk mendekati aku

ya!
aku lapang lihat kau senyum
aku bahagia lihat kau ketawa

bila kita berkongsi cerita
bila rasa di lerai
bila gelak mula memecah
aku kadang jadi melayang
bersyukur aku dengan apa yang Dia tentukan

terima kasih untuk ruang
ruang yang melenyapkan jurang
yang mengikat satu rasa
yang menyulam seribu kasih

mata di pejam
segala memusing
lantas aku tercampak ke satu daerah
yang asing
yang berbeda

nafas makin dalam
mata makin merah

adik,
biar aku tidak bersama
simpan satu!
aku memang sentiasa di sisi mu
di sini
di hati

maaf kerna aku berpaling
aku tidak sanggup
kau lihat kaca di mata
aku tidak kuat lihat wajah sugul mu sayang

di hujung malam itu
biar kucupan ini singgah
lantas mengubat sedikit lara


dan yang pasti
biar aku tidak pernah berjanji
InsyaAllah
aku akan kembali juga padamu sayang

Tuesday, January 15, 2008

masih

tiada lagi kah
ruang
lorong
masa

benar!
semua nya
bukan dengan nawaitu
bukan tanpa sebab

tapi hina kah
jika di beri ruang
kusutkah
bila semua nya baik - baik saja?

ruang itu masih terbuang?
dan terus begitu kah

Wednesday, January 9, 2008

anak kecil -rasa buat CaC-

jerit pekik
berlarutan

langsung hati di alih
di pekakkan telinga
ada juga!
ada bukan dia yang tulis

bila semua pergi
mana ruang?
rasa di buang?

halus, kecil
jari dan tangan
di hulur
bukan di minta
tapi itu semulajadinya

tubuh sepi dakapan
bibir tandus manisnya
jiwa kering indahnya

sayang.

ini tangan
genggamlah erat
biar tidak bisa mengubat
biar bukan layaknya

aku senang lihat kau senyum

terus

jatuh

bangun

jatuh dan jatuh

di gagahkan dan berlari

jatuh lagi

dan memandang atas

ya !

sakit benar di biar begitu

aku berdiri
melangkah
dan pergi

meneruskan