Thursday, February 28, 2008

terima kasih

fikirnya dia yang terbaik, yang lain paling teruk
fikirnya dia yang terindah, yang lain sangat buruk
fikirnya langkah nya tak pernah sumbang, yang lain sering terbabas

ya! teruskan berfikir sedemikian

kerna Tuhan itu maha Adil

dan ya juga! aku banyak yang kurang
lantas aku percaya pada kifarah  itu
bukan maksud taksub 
tapi itulah
apa yang di beri di lakukan pasti ada balasan nya
cuma kadang kita yang sedar juga lupa, mungkin juga aku

kadang aku ada silap
aku ada salah
kalau aku tidak nampak pasti ada yang nampak
aku mungkin tak bisa menilai diri
tapi aku masih sedar dan tolong ingat kan aku kalau aku lupa
aku cuma manusia kerdil
tak mungkin bisa aku menghukum orang
tak mungkin aku jadi sangat sempurna
dan kalau aku lupa
ingatkan aku
aku bukan sesiapa pun

Ya Tuhan, terima kasih atas ruang yang masih di beri

Friday, February 15, 2008

tinggal

aku jatuh
aku bangun
dan terus berlari

meninggalkan semua luka
menjauh semua derita

aku fikir semua akan berubah
semua akan lebih baik

silap

kerana rasa itu masih di situ
luka itu masih berparut
derita itu masih menusuk

dan makin merebak

Tuesday, February 5, 2008

perawan

rasa itu agak asing
rasa itu tak pernah hadir
rasa itu memang indah!

rasa itu dosa?
segalanya cuma dusta?
hanyutkah?

biar dalam biar tulus
namun segalanya berada di tempat yang salah
kerana keduanya tiada beda
kerana ketentuan Nya tidak bisa ditolak