Tuesday, December 6, 2016

Merasa

Hanya kerana hari ini kau merasa sempurna
Jangan sampai lupa esok yang belum pasti

Hari itu
Kau ketawa besar
Senyum lebar betul

Kemudian
Kau di sapa perit

Lintang pukang segala
Yang putih jadi hitam
Yang manis jadi pahit

Yang tinggal cuma rasa
Yang tinggal cuma dia, dia dan dia
Yang tinggal cuma doa kudus

Sayang Tuhan pada kau
Beri kau merasa

Kalau tidak
Mana kau tahu benar dan salah
Mana kau tahu ada dan tiada

Kalau hari ini masih ada suara sinis
Peduli kan saja
Suara sama

Biar sahaja kau sendiri
Belajar dan baiki diri

Daripada masih sama menuding sana sini
Mengikut suara sampai hilang diri

Tuesday, November 29, 2016

Mati

Aku harap
Semoga rasa itu mati

Lumrah


Suara mengajak untuk membenci lebih mudah
Cuba kau panggil teman untuk bercerita kebaikan si polan yang lain
Lantas 1001 keburukan juga yang di cari

Kalau untuk membenci
Hingga tak perlukan sebab
Walau tidak tahu hujung pangkal
Kau rancak saja pasti ada yang menyambut

Kalau untuk cerita baik nya dia
Bermacam sebab kau perlu sebelum memula kata
Walau kau tahu masih ada baiknya
Sampai yang wujud pun jadi tiada

Hari ini kau buka aib nya dia
Esok-esok mungkin aibnya aku

Lumrah

Mohon yang baik-baik sahaja buat kita




Tuesday, May 17, 2016

Ada

Menjalar
Menular

Tak mengapalah, teruskanlah

Mungkin esok atau lusa
Atau nanti-nanti
Ada senyum

Atau, mungkin tiada..

Mudah

Kerana benci
Ada yang sanggup menghina

Kerana amarah
Ada yang sampai meleraikan

Hingga lupa kudrat yang tidak mampu terbayar

Mudah benar kebencian menghancurkan

Moga di jauhkan kebencian ini

Amin

Friday, May 13, 2016

Bangunlah
Jangan sampai terulit nanti

Bangunlah
Nanti kau tenggelam sendiri

Bangunlah
Sudah jelas itu hanya mimpi

Bangunlah
Nanti kau mati dalam fantasi

Friday, April 29, 2016

Pagi

Pagi itu segar
Berbeza dari yang sudah sudah

Ada harum meresap
Ada ruang di dada

Perlahan di tarik enak
Seperti baru merasa

Semuanya lembut
Segalanya terungkai

Senyum
Hingga berderai 

Monday, April 18, 2016

Tiada

Ada jerit yang tak kau dengar
Ada tangis yang tak kau lihat

Tapi bila kau baru mengerti

Semua tidak di situ lagi

Baik-baik sahaja

Aku baik-baik sahaja
Tidak punya rasa apa

Mana ada rasa menjerut bila penuh soal
Mana ada rasa debar bila fikir melampaui akal

Dada berombak bukan apa pun
Cengkam pedih kan cuma sementara

Ya, aku baik-baik sahaja


Berat

Hancur

Bila perginya satu rasa
Hilangnya satu kepercayaan

Berat

Bila kau cuma hanya berdiri 
Tapi jiwa melayang pergi

Berat benar rasa kehancuran
Berat

Thursday, April 14, 2016

Hambar

Di robek di lerai di hancur 

Tapi, 
Di cantum-cantum lagi 
Di tiup rasa

Hambar  

Lalu, 
Di bawa pergi 



March 15, 2014, 23:28