Suara mengajak untuk membenci lebih mudah
Cuba kau panggil teman untuk bercerita kebaikan si polan yang lain
Lantas 1001 keburukan juga yang di cari
Kalau untuk membenci
Hingga tak perlukan sebab
Walau tidak tahu hujung pangkal
Kau rancak saja pasti ada yang menyambut
Kalau untuk cerita baik nya dia
Bermacam sebab kau perlu sebelum memula kata
Walau kau tahu masih ada baiknya
Sampai yang wujud pun jadi tiada
Hari ini kau buka aib nya dia
Esok-esok mungkin aibnya aku
Lumrah
Mohon yang baik-baik sahaja buat kita
No comments:
Post a Comment